Pengertian bunga
Bunga ialah struktur pembiakan untuk tumbuhan berbunga, iaitu tumbuhan-tumbuhan dalam divisi Magnoliophyta (juga dipanggil angiosperma). Bunga mengandungi organ-organ tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-biji
melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi,
biji-biji merupakan generasi yang berikut, dan bertindak sebagai cara
yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara
luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji.
Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia
telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan
sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama,
perubatan dan malah sumber makanan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar